Final Piala Malaysia – Jangan terlalu merendahkan Sri Pahang
Final Piala Malaysia – Jangan terlalu merendahkan Sri Pahang

Kuantan: Jangan terlalu perkecilkan serta memandang rendah pada pasukan Sri Pahang FC yang akan berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Ini ditegaskan legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail yang mengingatkan individu tertentu supaya tidak terlalu memandang rendah pada skuad Sri Pahang yang dibimbing oleh Fandi Ahmad.
Katanya, dalam sukan bola sepak tidak ada yang mustahil, keputusan yang dijangka boleh berlaku sebaliknya. Tidak semestinya jangkaan keputusan yang diramal semuanya tepat dalam masa 90 minit perlawanan.
“Diatas kertas kelebihan berpihak pada JDT yang memiliki barisan pemain terbaik, namun tidak semestinya skuad Harimau Selatan itu tidak boleh ditewaskan. Dengan kesungguhan tinggi pemain Sri Pahang mereka mampu melakukan kejutan.
Beliau berkata, dia berpendapat pasukan Sri Pahang memiliki kelebihan, buktinya mereka berjaya melangkah ke pentas final. Sekiranya skuad Pantai Timur itu lemah tidak mungkin mereka mampu berhadapan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini.
Jamal Nasir menambah, tidak mustahil Sri Pahang dapat melakukan kejutan terhadap pasukan bintang (JDT) yang mempunyai rekod cemerlang dalam kancah bola sepak negara. Sebagai contoh final Piala Malaysia 2021 pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya menewaskan JDT 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Katanya, perkara sama tidak mustahil mampu dilakukan Sri Pahang walaupun mereka turun tanpa kelibat dua tonggak import Manuel Hidalgo dari Argentina dan Kpah Sherman (Liberia). Barisan pemain yang ada mampu menyerlah dan memberi kekuatan pada pasukan.
“Sokongan peminat setia Tok Gajah juga dapat membantu menaikkan semangat pemain sepanjang mereka berada di tengah padang. Bagi sokongan seikhlas hati bukan mengutuk hingga menjejaskan semangat barisan pemain. Bagi peluang kepada pemain selama 90 minit, rentak di pentas final tidak sama dengan saingan Liga Super.
“Saya berharap penyokong setia Tok Gajah dapat turun beramai-ramai memberi sokongan, dengan sokongan penyokong diharapkan Sri Pahang mampu melakukan kejutan,” katanya.
Final Piala Malaysia – Jangan terlalu merendahkan Sri Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.