Polis siasat video tular wanita marah, pukul anak

Polis siasat video tular wanita marah, pukul anak

Polis siasat video tular wanita marah, pukul anak
Tangkap layar yang menunjukkan seorang wanita memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah dobi di Kemaman. – Foto tular media sosial

CUKAI: Beberapa rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul seorang wanita dipercayai ibunya dalam kejadian di kedai dobi di Kemaman.

Kejadian dipercayai pada Rabu lalu itu menunjukkan wanita terbabit bukan sahaja memarahi kanak-kanak terbabit tetapi turut bertindak menolak kepala, mencubit dan memukul badan mangsa.

Video itu dikongsi netizen di media sosial kelmarin yang mendakwa wanita terbabit dikatakan naik angin selepas anaknya bermain di luar kedai dobi menyebabkan berang dan bertindak memarahi serta memukul mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.

Katanya, siasatan berhubung isu itu sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Polis siasat video tular wanita marah, pukul anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker