Neto cipta detik dramatik, Chelsea terus buru slot Eropah

Neto cipta detik dramatik, Chelsea terus buru slot Eropah

Neto cipta detik dramatik, Chelsea terus buru slot Eropah
NETO (kiri) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters

London: Pedro Neto menjadi wira Chelsea apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk membantu The Blues bangkit menewaskan jiran setempat, Fulham 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage.

Kemenangan itu menyuntik semula harapan Chelsea untuk menamatkan musim dalam kelompok lima teratas bagi layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Chelsea kini menghuni tangga kelima dengan 57 mata, berkongsi mata bersama Nottingham Forest yang bakal menentang Tottenham Hotspur, awal pagi Selasa.

Fulham terlebih dahulu berada di depan selepas minit ke-20 apabila kapten Chelsea, Reece James melakukan kesilapan mudah dengan kehilangan bola kepada Ryan Sessegnon.

Pemain itu kemudian melorongkan hantaran kepada Alex Iwobi yang tenang menyudahkan rembatan rendah ke penjuru gawang dari luar kotak penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Chelsea memperkemaskan corak permainan selepas rehat dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Tyrique George yang melakukan penyudah cantik dari luar kotak penalti.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri, Neto muncul penyelamat dengan satu gerakan individu yang menakjubkan — mengawal bola, berpusing dan melepaskan rembatan padu ke penjuru atas gawang pada minit ke-93 untuk memastikan tiga mata penuh milik Chelsea.

Sorakan gemuruh penyokong pelawat menggamatkan stadium ketika Chelsea terus mengintai peluang kembali ke pentas tertinggi Eropah musim depan.

Fulham kekal di tangga kesembilan dengan 48 mata dan kini hampir pasti terlepas peluang mencabar kelompok teratas liga.

Neto cipta detik dramatik, Chelsea terus buru slot Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker