Motosikal jatuh di lebuh raya, pembantu kedai maut digilis kereta
Motosikal jatuh di lebuh raya, pembantu kedai maut digilis kereta

HULU SELANGOR: Hasrat dua pemuda menghantar motosikal rosak ke rumah berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Kilometer 419.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat susur tol Bukit Tagar, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung nahas jam 5.25 pagi.
Siasatan mendapati lelaki 21 tahun dalam perjalanan dari Hulu Bernam menghala pulang ke rumahnya di Prima Damansara dengan menunggang Yamaha LC135.
“Motosikal pembantu kedai itu rosak dan ditunda rakannya berusia 23 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR.
“Tiba di lokasi, kenderaan mangsa disyaki hilang kawalan dan terjatuh. Penunggang kemudian dilanggar sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Jelas Mohd Asri, rakan mangsa tidak cedera dan polis sedang mengesan pemandu kereta terbabit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-60641222 atau 011-33293547,” katanya.
Motosikal jatuh di lebuh raya, pembantu kedai maut digilis kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.