Lagu ‘Tokleh Nak Soba’ tunggu Eda Ezrin bebas dari penjara

Lagu ‘Tokleh Nak Soba’ tunggu Eda Ezrin bebas dari penjara

Lagu 'Tokleh Nak Soba' tunggu Eda Ezrin bebas dari penjara
Eda Ezrin (kiri), dan Eddie

KOTA BHARU: Komposer popular, Eddie Hamid, bersedia merakamkan lagu yang dicipta khas untuk penyanyi, Eda Ezrin, yang dijangka dibebaskan daripada Penjara Narathiwat, pada 7 Mei ini.

Eddie, 63, berkata lagu bertajuk Tokleh Nak Soba dicipta khas untuk Eda dan rakan duetnya, Den Manjo, hasil kesinambungan lagu Cinta Setandan Pisang yang popular dengan lirik Bae Soba Bae yang mencetus fenomena.

Katanya, bagaimanapun, lagu Tokleh Nak Soba tidak sempat dirakamkan selepas penyanyi itu ditahan di Thailand berkait kes dadah.

“Tiga hari sebelum terima berita Eda ditahan, sebenarnya kami dah setuju nak rakamkan lagu ini, bila dia ditahan kita tak dapat teruskan.

“Tapi saya akan tunggu Eda, kita teruskan bila dia dah dibebas, mungkin kita terpaksa tukar tajuk baru untuk sesuaikan dengan keadaan dia (Eda),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Hari Raya Kelab Peminat Eddie Hamid bersama anak yatim dan Pelancaran Lagu D’Recond Band (Demo Tok Jujur) di Menara Tinjau,Tambatan Diraja, di sini, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Eddie berkata, lirik dan muzik lagu itu juga mungkin diubah sedikit sentimental berbanding asal yang lebih bersifat catchy dan ‘gedik’.

Katanya, dia tetap memberi peluang buat penyanyi wanita itu namun Eda sendiri harus kuat semangat untuk membersihkan semula namanya dalam industri hiburan.

“Bila saya keluarkan lagu raya Bae Soba Bae Raya dengan gantikan penyanyi wanita lain, peminat tak suka, mereka lebih fanatik pada Eda sebab dia dah sebati dengan lagu itu,” katanya.

Eddie berkata, selepas kejadian menimpa Eda, artis Kelantan banyak kena tempias, kena sindir berkaitan kes dadah, masuk penjara dan sebagainya.

Namun katanya, dia percaya Eda boleh kembali dalam industri kerana ini bukan kes pertama membabitkan artis masuk penjara, cuma sebagai wanita, Eda mungkin lebih emosi dan perlu kuatkan mental untuk berhadapan semula dengan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

`


`”Bagi saya, jika dah keluar Eda mungkin boleh bertenang dulu, saya akan tunggu dia cuma bimbang jika dia tidak mahu teruskan karier nyanyian.

“Apapun saya harap dia teruskan (nyanyian) dan baiki diri,” katanya.

Lagu ‘Tokleh Nak Soba’ tunggu Eda Ezrin bebas dari penjara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker