Budak tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa
Budak tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa
BAYAN LEPAS: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di sebuah inap desa di Teluk Kumbar di sini, semalam.
Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke Hospital Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata siasatan mendapati bapa mangsa berusia 46 tahun membawa tiga anak termasuk kanak-kanak itu ke inap desa berkenaan untuk bertemu kenalannya yang datang dari Kuala Lumpur.
Katanya, ibu mangsa tidak ikut bersama kerana sedang bekerja sebagai operator kilang.
“Kira-kira jam 10.15 malam, rakannya menyedari kanak-kanak terbabit tiada dalam bilik sebelum mereka bergegas mencari mangsa.
“Mangsa yang juga anak bongsu ditemukan terapung di kolam mandi inap desa itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hasil laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Budak tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.