Warga asing bertempiaran lari diserbu Imigresen, 37 PATI ditahan
Warga asing bertempiaran lari diserbu Imigresen, 37 PATI ditahan

GEORGETOWN: Sekumpulan pekerja medan selera di Jalan Burma, di sini, yang disyaki pendatang tanpa izin (PATI) bertempiaran lari selepas lokasi berkenaan digempur Jabatan Imigresen (Imigresen) hari ini.
Dalam Operasi Bersepadu Imigresen Zon Utara yang membabitkan Imigresen Pulau Pinang, Perak dan Kedah itu, seramai 37 warga asing berusia 21 hingga 48 tahun diberkas.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim, berkata kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Tindakan segelintir peniaga di medan selera itu yang mengaut keuntungan dengan menggajikan pekerja PATI terbongkar menerusi operasi berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Ketika serbuan dibuat, kesemua mereka bertempiaran lari namun tiada PATI yang berjaya meloloskan diri susulan penguat kuasa kita sudah mengepung kawasan itu,” katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Nur Zulfa berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap majikan yang menggaji PATI di medan selera berkenaan.
Katanya, majikan yang menggaji PATI dianggap melakukan kesalahan serius yang boleh dihukum denda dan penjara.
Warga asing bertempiaran lari diserbu Imigresen, 37 PATI ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.