Hajat Bergson tidak kesampaian
Hajat Bergson tidak kesampaian

Kuala Lumpur: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva perlu menunggu musim depan untuk memadam rekod Indra Putra Mahayuddin sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Penyerang kelahiran Brazil itu menyumbang satu gol ketika membantu JDT menewaskan Kuching City 2-0 di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi, yang menjadi aksi terakhir Harimau Selatan dalam Liga Super musim ini.
Bergson yang memerlukan tiga gol untuk mengatasi rekod Indra Putra bermula positif apabila meledak gol pembukaan pasukannya seawal minit kelima sebelum Romel Morales menambah jaringan kedua, 11 minit kemudian.
Impian Bergson untuk mencari dua lagi gol bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia digantikan dengan Heberty Fernandes pada awal babak kedua.
Tiada lagi tambahan jaringan berjaya dilakukan selepas itu, sekali gus membolehkan JDT menutup saingan liga musim ini dengan rekod tanpa kalah buat musim ketiga berturut-turut selepas 2022 dan 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Tambahan satu gol di Kuching membolehkan Bergson menambah jaringan peribadinya musim ini kepada 32 gol dan menjadi rekod jaringan tertinggi bagi satu musim.
Mengumpul 105 gol keseluruhan sepanjang beraksi di Liga Super sejak 2021, pemain berusia 34 tahun itu hanya ketinggalan satu gol di belakang Indra Putra dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman.
Hajat Bergson tidak kesampaian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.