Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Butterworth, di sini, 5 Mei depan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata lelaki itu dikenali sebagai Zakariah Sarajuddin, 46, beralamat di No 520A, Kampung Permatang Batu, di sini.

“Penama ini dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi penting bagi membantu menyelesaikan kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bunuh yang sedang dalam perbicaraan, pada jam 8 pagi 5 Mei nanti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor R Kirubanathan melalui talian 013-435 1269.

 

Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker