Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan petang tadi

Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan petang tadi

Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan petang tadi
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. – Foto fail NSTP/Muhammad Delima Atan

KUANTAN: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang ditahan polis petang tadi.

Ia bagi membantu siasatan kes didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, Chow yang juga Penasihat SAMKA dan Chang hadir ke IPD Raub pada jam 4 petang tadi untuk dirakam keterangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini.

– BERNAMA

Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan petang tadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker