Seorang lagi maut kena renjatan elektrik selepas banjir di Selangor
Seorang lagi maut kena renjatan elektrik selepas banjir di Selangor

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki tempatan dijumpai selepas banjir dipercayai maut akibat renjatan elektrik di Kampung Padang Jawa, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.11 petang.

“Siasatan awal mendapati, mayat mangsa seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun ditemui di dalam sebuah lot rumah satu tingkat di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
“Siasatan lanjut mendapati , mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan memakai T-shirt tanpa lengan warna biru gelap dan memakai seluar pendek warna hitam.
“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh simati yang boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mengesyaki mangsa terkena rentajan elektrik ketika mengunakan telefon bimbit yang sedang dicas dalam keadaan rumah dinaiki air banjir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang proses bedah siasat jam 10 pagi esok.
“Siasatan dijalankan mengikut mati mengejut SDR. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372.
“Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan pengunaan barang-barang elektrik dan elektronik ketika musim banjir bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik,” katanya.
Kematian lelaki berkenaan adalah kes kedua maut dipercayai akibat renjatan elektrik.
Terdahulu, media melaporkan seorang warga Sri Lanka bersama seekor anjing ditemukan maut dalam kejadian banjir dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25.
Seorang lagi maut kena renjatan elektrik selepas banjir di Selangor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.