Djokovic terkandas di pusingan kedua Monte Carlo Masters
Djokovic terkandas di pusingan kedua Monte Carlo Masters
Pemain tenis dari Serbia Novak Djokovic. – Foto AFP
Monte Carlo: Novak Djokovic tersingkir dari Monte Carlo Masters apabila dia tewas dalam perlawanan pusingan kedua dengan keputusan 6-3, 6-4 kepada Alejandro Tabilo dari Chile.
Djokovic, 37, menyertai kejohanan terbabit dengan masalah jangkitan mata yang sudah pasti mengganggunya sejak separuh akhir di Miami pada akhir Mac lalu dan mengakui bahawa tidak meletakkan harapan tinggi untuk aksi di Monte Carlo.
Pemain Serbia itu yang sedang mengejar gelaran ATP ke-100, tidak memenangi sebarang kejohanan sejak meraih emas di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.
Sementara itu, Carlos Alcaraz mencatatkan kemenangan pertamanya di Monte Carlo Masters apabila dia bangkit dari ketinggalan satu set untuk menewaskan Francisco Cerundolo 3-6, 6-0, 6-1 dalam perlawanan pusingan kedua.
Djokovic terkandas di pusingan kedua Monte Carlo Masters
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.