Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif

Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif

Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif
Foto hiasan

KANGAR: Dua penjawat awam yang juga bapa saudara dan anak saudara lelakinya nyaris terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Medan Selera di Kuala Perlis dekat sini semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika lelaki berusia awal 40-an berasal dari Perlis dan bertugas di Johor itu sedang memandu kereta jenis Perodua Alza putih untuk menghantar anak saudaranya berusia awal 30-an ke Jeti Kuala Perlis untuk pulang ke Langkawi.

“Ketika berhenti di lampu isyarat, lelaki berusia 40-an yang sedang memandu itu terdengar bunyi letupan kuat dan mendapati terdapat kesan tembakan pada pintu kanan bahagian pemandu.

“Cermin tingkap kanan sebelah pemandu kereta juga mengalami keretakan akibat kejadian itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis (IPK) di sini hari ini.

Muhammad berkata bagaimanapun kedua-dua lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Beliau berkata, hasil pemeriksaan pasukan forensik menemukan sebutir anak peluru di bahagian alas kaki tempat duduk pemandu selain kesan tembakan pada pintu kanan kenderaan itu.

Muhammad berkata siasatan awal mendapati tembakan dipercayai dilepaskan dari jarak antara tiga hingga empat meter menggunakan pistol jenis Revolver 38 Smith & Wesson dengan peluru berukuran 38 milimeter daripada sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206),” katanya.

Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker