Polis menyita 10 motosikal Yamaha RXZ dalam Op Khas
Polis Terengganu sita 10 motosikal RXZ dalam Op Khas Samseng Jalanan

KUALA TERENGGANU: Polis menyita 10 motosikal Yamaha RXZ dalam Op Khas Samseng Jalanan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu di sini, malam tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu memeriksa 80 motosikal di sekitar kawasan Jambatan Angkat dan Restoran Ali Spices di pusat bandar.
Beliau berkata operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam berkaitan bunyi bising daripada motosikal yang menggunakan ekzos ubah suai.
“Aktiviti itu jelas mengganggu ketenteraman orang ramai yang menunggu untuk berbuka puasa di tempat awam,” katanya ketika ditemui pada Op Selamat 24 Aidilfitri di Plaza Tol Kuala Terengganu (Tol Gemuruh), di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Khairi berkata 46 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, tiada brek, tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kita akan teruskan konsep penugasan secara risikan berdasarkan maklumat diterima daripada orang ramai.
“Tindakan penyamaran juga akan dilakukan bagi mengekori dan memantau aktiviti itu. Jadi, saya ingatkan pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya.
– BERNAMA
Polis Terengganu sita 10 motosikal RXZ dalam Op Khas Samseng Jalanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.