3 lelaki ditahan cuba rempuh polis, seorang cedera terkena tembakan

3 lelaki ditahan cuba rempuh polis, seorang cedera terkena tembakan

3 lelaki ditahan cuba rempuh polis, seorang cedera terkena tembakan
Kenderaan pikap yang digunakan tiga suspek ketika cuba merempuh polis. (Foto kecil) Peralatan dirampas dipercayai untuk tujuan jenayah. – Foto ihsan polis

KUCHING: Tiga lelaki ditahan selepas cuba merempuh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di Jalan Green, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah terserempak pikap Mitsubishi Triton berwarna merah dan Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, ketika anggota polis cuba menahan untuk membuat pemeriksaan, dua kenderaan itu memecut melarikan diri.

“Polis mengejar dua kenderaan itu sehingga ke taman perumahan berdekatan dan tiba-tiba pemandu pikap membuat pusingan U dan meluru cuba melanggar anggota polis.

“Salah seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah pikap menyebabkan kenderaan itu terbabas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Merbin berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 39 hingga 41 tahun yang berada di dalam pikap berkenaan.

Polis turut merampas pikap dan menemui beberapa peralatan dipercayai untuk melakukan jenayah.

Menurutnya, seorang suspek berusia 41 tahun yang mengalami kecederaan akibat tembakan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Hasil semakan lanjut, dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah narkotik dan saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah.

“Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga 3 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Merbin berkata polis kini sedang mengesan Perodua Bezza berwarna merah dan meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menyalurkannya kepada polis.

“Maklumat boleh disalurkan ke Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau berhubung terus drngan pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Chris Olsen Ramli di talian 013-8607572.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian itu,” katanya.

3 lelaki ditahan cuba rempuh polis, seorang cedera terkena tembakan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker