Pikap gagal memotong, enam sekeluarga nyaris maut
Pikap gagal memotong, enam sekeluarga nyaris maut

TAWAU : Enam sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan utiliti sukan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pikap di Jalan Tibau-Maliau Basin, Kalabakan, kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.02 petang itu, SUV jenis Perodua Aruz, dipandu lelaki berumur 47 tahun bersama isteri dan empat orang anak arah Keningau menuju ke pusat bandar di sini, manakala pikap jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berumur 31 tahun dari arah Bandar Tawau menuju ke Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu pikap yang cuba memotong sebuah lori tangki minyak tetapi gagal.
Menurutnya, disebabkan jarak yang terlalu dekat kedua-dua kenderaan telah bertembung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Tiga lagi anak mangsa yang berumur lapan hingga 12 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
Jasmin berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.
“Pihak polis masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu kesalahan memandu tanpa kecermatan dan tidak bertimbang rasa,” katanya.
Rakaman kemalangan itu turut tular di media sosial sejak kelmarin.
Pikap gagal memotong, enam sekeluarga nyaris maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.