Masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 10
Masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 10

KUALA LUMPUR: Berpantang maut sebelum ajal. Begitu keadaan seorang lelaki berusia 25 tahun apabila hanya mengalami kecederaan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Flat PPR Sri Aman, Jinjang di sini, hari.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.30 tengah hari.
“Kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun terjatuh daripada tingkat 10 dan mendarat di atas sebuah kereta di kawasan parkir.
“Mangsa masih sedarkan diri dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan seorang lelaki meronta-ronta kesakitan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menerusi video itu jelas kelihatan lelaki berkenaan masih bergerak dan sedarkan diri walaupun terjatuh di atas sebuah kereta jenis Honda sehingga mengakibatkan bumbung kereta itu remuk.
Ahmad Sukarno berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca mengapa lelaki terbabit boleh terjatuh daripada tingkat 10.
Masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 10
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.