Brazil pecat ketua jurulatih selepas dimalukan Argentina

Brazil pecat ketua jurulatih selepas dimalukan Argentina

Brazil pecat ketua jurulatih selepas dimalukan Argentina
Dorival Junior dipecat sebagai ketua jurulatih Brazil. – Foto Reuters

Rio de Janeiro: Dorival Junior dipecat sebagai ketua jurulatih Brazil tiga hari selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Argentina dalam kelayakan Piala Dunia, demikian diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF).

“Dorival Junior tidak lagi memegang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brazil. Pengurusan mengucapkan terima kasih kepadanya dan mendoakan kejayaan untuk sisa kerjayanya,” kata CBF dalam satu kenyataan.

Dorival, 62, hanya memegang jawatan itu sejak Januari 2024, menggantikan pengendali sementara Fernando Diniz, namun menyaksikan kempen kelayakan yang kurang memuaskan untuk Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Brazil, yang juga juara lima kali Piala Dunia, kini berada di tempat keempat dalam carta kelayakan Amerika Selatan, 10 mata di belakang juara bertahan Argentina yang sudah memastikan tempat mereka di peringkat akhir. Brazil juga berada di belakang Ecuador dan Uruguay.

Terdapat enam slot kelayakan automatik untuk pasukan dari Amerika Selatan. Brazil akan menentang Ecuador dan menjadi tuan rumah kepada Paraguay pada 4 dan 9 Jun ini dalam kelayakan seterusnya.

Kekalahan teruk di Buenos Aires menjadi petanda jelas bahawa masa depan Junior semakin suram.

“Tiada siapa yang menjangkakan apa yang kami lihat hari ini, dan tanggungjawab sepenuhnya adalah milik saya,” kata Junior selepas perlawanan.

Media Brazil mendakwa bahawa Ancelotti kini kembali menjadi sasaran untuk menggantikan Dorival, begitu juga dengan jurulatih Portugis Jorge Jesus, yang kini mengendalikan Al Hilal di Arab Saudi. Jurulatih Portugis yang lain, Abel Ferreira, yang memenangi banyak gelaran dengan kelab Brazil Palmeiras, turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Namun, Ancelotti menafikan spekulasi sambil menyatakan bahawa beliau bercadang untuk menyelesaikan kontraknya di Madrid yang berakhir pada Jun 2026, meskipun beliau mempunyai perasaan sayang kepada Brazil, pemain, dan penyokongnya.

Brazil pecat ketua jurulatih selepas dimalukan Argentina

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker