Treler membawa muatan 20,240 kg beras seludup dirampas

Treler membawa muatan 20,240 kg beras seludup dirampas

Treler membawa muatan 20,240 kg beras seludup dirampas
PGA menggagalkan kegiatan penyeludupan beras putih selepas merampas 20,240kg beras yang dimuatkan dalam treler dipercayai diseludup dari Thailand di Kampung Jakar Bukit Bunga, di sini, awal pagi semalam. – Foto ihsan PGA

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan beras putih selepas merampas 20,240 kilogram (kg) beras yang dimuatkan dalam treler dipercayai diseludup dari Thailand di Kampung Jakar Bukit Bunga, di sini, awal pagi tadi.

Rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM451,000 itu dilakukan menerusi Op Taring Bravo jam 6 pagi semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah treler dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20,240 kg beras putih ditemui di dalam treler berkenaan dipercayai diseludup masuk melalui pangkalan haram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Treler membawa muatan 20,240 kg beras seludup dirampas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker