Polis siasat insiden pekerja kedai minuman dimaki isu perkauman
Polis siasat insiden pekerja kedai minuman dimaki isu perkauman

SHAH ALAM: Polis menyiasat insiden seorang pekerja wanita sebuah kedai menjual minuman dan ais krim yang dimaki seorang pelanggan di sebuah pusat beli belah di Seksyen 7, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Beliau berkata, polis terdahulu menerima laporan daripada mangsa pada jam 8.42 malam tadi memaklumkan dia dimaki seorang pelanggan ketika urusan transaksi pembayaran di buat.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan datang ke kedai itu bersama keluarga untuk membeli aiskrim dan air strawberi berharga RM6.50 dan suspek memberi wang tunai RM10 sewaktu membuat pembayaran.
Saham rangkaian restoran Sukiya merudum selepas tikus ditemui dalam hidangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Bagaimanapun, terdapat perselisihan faham ketika mangsa meminta wang syiling 50 sen daripada suspek kerana tidak mempunyai baki wang syiling yang cukup di dalam mesin ‘cash box’ sebelum lelaki itu menyindir mangsa.
“Tindakan mangsa menutup ‘cash box’ dengan kuat menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memarahi serta mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina wanita itu. Kejadian terbabit kemudian dileraikan oleh rakan sekerja mangsa dan suspek kemudian terus beredar selepas urusan pembelian selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut polis mendapati mangsa ada menghantar video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu kepada ahli keluarganya sehingga menyebabkan ada individu tidak bertanggungjawab menularkan rakaman terbabit di laman sosial TikTok.
“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895,” katanya.
Polis siasat insiden pekerja kedai minuman dimaki isu perkauman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.