Warga emas maut dilanggar treler menggelungsur
Warga emas maut dilanggar treler menggelungsur

SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah treler yang menggelungsur sendiri ke hadapan menyebabkan mangsa tersepit di perkarangan sebuah gudang beras, Guar Nenas, dekat sini, semalam.
Mangsa, Zulkamal Zainal Abidin, 62, yang menetap di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala, Kota Sarang Semut, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu membabitkan sebuah treler dan motosikal.
Beliau berkata, treler itu dalam keadaan berhenti selepas selesai mengisi muatan serbuk sekam padi manakala warga emas terbabit berada di hadapan pada jarak 15 meter yang ketika itu sedang mencuci motosikal Yamaha Y135C miliknya.
“Siasatan awal yang dilakukan mendapati selepas treler berkenaan selesai diisi muatan serbuk sekam padi, tiba-tiba dikatakan menggelungsur ke hadapan ke arah mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mangsa yang sedang mencuci motosikalnya tidak sempat melarikan diri tersepit dan terperangkap antara treler dan motosikalnya.
“Akibat kemalangan itu, warga emas terbabit mengalami kecederaan pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Hasil ujian saringan terhadap pemandu lori terbabit mendapati negatif dadah.
“Kenderaan lori treler itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut untuk menjalani pemeriksaan pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kimia,” katanya.
Warga emas maut dilanggar treler menggelungsur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.