PGA rampas RM3.05 juta dalam empat serbuan di Sarawak
PGA rampas RM3.05 juta dalam empat serbuan di Sarawak
Antara lelaki warga tempatan yang ditahan pasukan PGA atas kesalahan menjalankan kegiatan judi sabung ayam di Engkelili Sabtu lalu. – Foto NSTP/Ihsan PGA.
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya merampas rokok, makanan sejuk beku dan beras seludup belum lulus kastam yang dianggarkan benilai RM3.05 juta dalam serbuan di empat lokasi berbeza di negeri ini Sabtu lalu.
Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am (PGA), Dr Che Ghazali Che Awang dalam satu kenyataan berkata, tangkapan pertama dijalankan sepasukan anggota dari Cawangan Risik Batalion 12 PGA Miri ke atas sebuah premis di daerah Limbang pada jam 9 malam.
“Pemeriksaan yang dijalankan menemukan sebanyak 770,000 batang rokok putih dan 161,600 batang rokok kretek pelbagai jenama disimpan di dalam premis yang mana belum lulus cukai kastam,” ujarnya.
Katanya, dalam serbuan itu dua lelaki warga tempatan berumur 22 dan 57 tahun dipercayai penjaga premis ditahan.
“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2.5 juta mengikut harga pasaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk tindakan dan siasatan lanjut yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.” katanya.
Dalam tangkapan kedua, katanya serbuan sekitar jam 6 petang iu dilakukan di Lundu oleh pasukan polis dari Infantri Batalion 11 PGA Kuching yang berjaya merampas sebanyak enam tan beras putih bernilai RM221,600 yang disimpan pada belakang motolori yang melalui kawasan sempadan Sarawak-Indonesia.
Seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan yang mana kes akan di disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1944 (Akta 522).
Menurut Che Ghazali, tangkapan yang ketiga pula membabitkan serbuan ke atas sebuah lokasi di Engkelili yang dijadikan sebagai lokasi perjudian sabung ayam pada jam 1.30 petang.
Seramai 10 lelaki warga tempatanberusia 35 hingga 78 tahun yang sedang leka menyabung ayam ditahan. Turut dirampas tujuh ekor ayam sabung dan pelbagai peralatan perjudian yang lain yang mana keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM154,450.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kes ini disiasat mengikut Ordinan Veterinary Kesihatan Awam 1999 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.
Sementara itu, serbuan keempat dijalankan di daerah Lubok Antu yang mana pasukan PGA berjaya merampas 152 kilogram produk makanan sejuk beku yang disimpan pada bahagian belakang sebuah MPV yang dianggarkan bernilai RM104, 607.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1)(3) dan Seksyen 17(1) Ordinan Veterinary Kesihatan Awam 1999.
PGA rampas RM3.05 juta dalam empat serbuan di Sarawak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.