Polis rujuk 3 kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada Timbalan Pendakwa Raya
Polis rujuk 3 kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada Timbalan Pendakwa Raya

GEORGETOWN: Polis menghantar tiga kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang doktor lelaki sebuah hospital disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya ke atas pegawai perubatan berusia 43 tahun itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Pada 26 Februari, polis menahan lelaki itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam selepas menerima maklumat daripada pihak hospital dan suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.
Suspek ditahan semula pada 6 Mac selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang pesakit sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023 selain laporan terhadap doktor itu juga diterima daripada seorang wanita warga asing pada 10 Mac, mendakwa turut menjadi mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selain itu, Hamzah berkata Polis Pulau Pinang mengeluarkan 478 permit menjual mercun dan bunga api di negeri itu sejak 1 Januari hingga 21 Mac, termasuk untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata pihaknya menerima 486 permohonan namun lapan daripadanya ditolak kerana pemohon mempunyai rekod kesalahan lampau selain tidak mempunyai permit perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
“Bunga api atau mercun yang diluluskan adalah terhad kepada jenis boleh dijual iaitu selamat untuk dijual dan dimainkan oleh kanak-kanak kerana ini sebahagian daripada langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya. – BERNAMA
Polis rujuk 3 kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada Timbalan Pendakwa Raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.