Langkah pertama sangat penting – Cklamovski

Langkah pertama sangat penting – Cklamovski

Langkah pertama sangat penting - Cklamovski
CKLAMOVSKI (kiri) menjawab soalan pada sidang media, hari ini. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Misi serampang dua mata bakal menjadi fokus pengendali pasukan Harimau Malaya, Peter Cklamovski apabila skuad kendaliannya turun menentang Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.

Bukan saja memburu kemenangan bagi membolehkan skuad negara membuka kempen Kumpulan F dengan langkah kanan, malah beliau perlu mengelak menjadi jurulatih import pertama tumbang dalam penampilan sulung selepas dua pengendali sebelum ini, Kim Pan-gon dan Pau Marti Vicente berjaya pada tugasan pertama mereka.

Sebaliknya, pada era Nelo Vingada pada 2017 menyaksikan jurulatih dari Portugal itu gagal merakam kemenangan pertama, malah ia berlaku kepada beberapa pengendali import sebelum itu.

Untuk rekod, Pan-gon yang dilantik pada 2022 memulakan tugasnya dengan nota kemenangan, begitu juga Pau Marti pada September tahun lalu, dengan kedua-dua aksi sulung babitkan jurulatih berkenaan menang ke atas Filipina.

Ditanya kepada Cklamovski mengenai perkara itu, jurulatih dari Australia itu mengakui tidak tertekan untuk mengekalkan rekod pengendali sebelumnya dan beliau mahu memulakan cabaran bersama skuad negara dengan nota kegembiraan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Tekanan bukanlah sesuatu yang saya fikirkan. Saya tidak mahu melihat ke belakang dan saya mahu melihat ke hadapan.

“Kalau kita melihat menoleh ke belakang, kita tidak akan meningkat sama ada secara individu mahupun berpasukan. Saya lakukan persiapan untuk semua dan diri saya sendiri. Itulah caranya untuk kita meningkat bersama pasukan,” katanya pada sidang media praperlawanan di SSI, hari ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan F, wajib memburu tiga mata penuh ke atas skuad The Gorkhalis yang menghuni ranking ke-175 itu sebelum berdepan cabaran lebih sukar bertemu Vietnam dan Laos.

Cklamovski berkata, selain memahami konsep dan falsafah bola sepak yang diterapkan, pemain perlu membina mentaliti kemenangan dalam pasukan ini.

“Mentaliti kemenangan memerlukan konsistensi dalam apa yang kita lakukan. Kita telah melalui hari yang baik, tetapi kita perlu terus membina momentum itu.

“Jadi, dalam perlawanan esok, kita mahu mengambil langkah pertama dengan cara yang positif, menjadi pasukan yang kuat.

“Kemudian, kita perlu terus membina mentaliti sebagai satu pasukan untuk menetapkan diri kita sebagai antara yang terbaik,” ujarnya.

Langkah pertama sangat penting – Cklamovski

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker