Dua penuntut Politeknik Merlimau cedera terlanggar tali tangsi layang-layang

Dua penuntut Politeknik Merlimau cedera terlanggar tali tangsi layang-layang

Dua penuntut Politeknik Merlimau cedera terlanggar tali tangsi layang-layang
Layang-layang dan tali tangsi berwarna hitam yang melintang di tengah jalan. – Foto tular

JASIN: Dua penuntut Politeknik Merlimau cedera termasuk di muka dan leher selepas terlanggar tali tangsi layang-layang yang melintang di tengah jalan ketika menunggang motosikal di Jalan Bandar Baru, Merlimau, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa menunggang motosikal melalui jalan itu selepas membeli juadah berbuka puasa.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila gambar memaparkan kecederaan mangsa dikongsikan netizen.

Menurutnya, berdasarkan laporan, lelaki itu menyatakan dia terlanggar dipercayai tali tangsi layang-layang melintang di tengah jalan ketika menunggang motosikal bersama rakan perempuan kira-kira jam 6.30 petang.

“Hasil siasatan awal, kejadian berlaku di Jalan Bandar Baru Merlimau Utara berhampiran Dataran Orang Kampung, tempat layang-layang berkenaan diterbangkan.

“Akibat kejadian itu, pengadu mengalami luka di jari dan leher manakala rakannya luka di bibir dan tapak tangan.

“Kedua-dua mangsa yang berusia 20 tahun itu kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mohamad Rusli menasihati orang ramai supaya mencari kawasan yang lapang dan sesuai untuk bermain layang-layang dan mengelak bermain berhampiran jalan raya, tiang elektrik atau di tempat orang ramai.

Dua penuntut Politeknik Merlimau cedera terlanggar tali tangsi layang-layang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker