Mengaku bantu ‘Geng Upik’, enam individu dipenjara tiga tahun

Mengaku bantu ‘Geng Upik’, enam individu dipenjara tiga tahun

Mengaku bantu 'Geng Upik', enam individu dipenjara tiga tahun
Sebahagian daripada tertuduh ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini. -NSTP/MOHD ADAM ARININ

KOTA KINABALU: Enam individu termasuk seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara 2015 hingga 2023.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Fazrul Bahar, 42; Norsyafilah Pawawoi, 28; Shahlan Shah Abdul Samad, 38; Alkan Abraham, 36; Mohd Fauzie Rablin, 34; dan Mazlan Mahmud, 49, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif itu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun itu ditawarkan selepas surat representasi mereka diterima pihak pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan pertuduhan asal iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V(1) kanun sama digugurkan.

Lim memerintahkan Norsyafilah dipenjara tiga tahun bermula dari tarikh dituduh iaitu pada 1 Mac 2024 manakala bagi tertuduh lain, hukuman bermula pada 25 Disember 2023 iaitu tarikh ditangkap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzwan manakala semua tertuduh diwakili peguam Shahlan Jufri, Sylyester Kuan, Luke Ressa Balang dan Michelle R Usman.

Mahkamah turut menetapkan 19 Mei ini bagi sebutan semula kes lima lagi tertuduh iaitu Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Zulkahar Dusing, 38; Rahman Burijin, 44; dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45.

Pada 22 Januari tahun lalu, seorang ahli perniagaan bersama 10 yang lain didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Upik’ antara 2015 hingga 2023. – BERNAMA

Mengaku bantu ‘Geng Upik’, enam individu dipenjara tiga tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker