Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

SPRM jamin, beri komitmen siasat semua maklumat berkaitan kes Ismail Sabri

SPRM jamin, beri komitmen siasat semua maklumat berkaitan kes Ismail Sabri

SPRM jamin, beri komitmen siasat semua maklumat berkaitan kes Ismail Sabri
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk menyambung memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram. – Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan dan komitmen untuk terus menyiasat sebarang maklumat yang dikaitkan dengan siasatan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata ini bermakna, siasatan pihaknya tidak akan terhenti kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan penemuan wang tunai serta jongkong emas bernilai RM177 juta sahaja.

“Setakat ini siasatan dan rakaman percakapan berjalan lancar.

“Sekiranya timbul isu-isu baru, saya memberi jaminan SPM akan terus menyiasat walaupun isu itu baru timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima watikan pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


Azam berkata siasatan tidak tertumpu kepada isu berkaitan perolehan serta perbelanjaan dana bagi promosi Keluarga Malaysia sahaja, tetapi turut menjurus kepada maklumat baharu serta hasil risikan termasuk fail-fail serta dokumen yang dibuka berkaitan aset yang diisytiharkan Ismail Sabri.

“Selain itu, beliau (Ismail Sabri ) juga perlu menjawab mengenai isu-isu rasuah yang dikaitkan serta ditohmahkan terhadap beliau untuk membantu siasatan,” katanya.

Hari ini, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sekali lagi dirakam percakapan hampir tujuh jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, selepas diambil keterangan kira-kira enam jam, pada Jumaat dan Khamis lalu.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri dikategorikan sebagai suspek kes terbabit selepas beberapa saksi, termasuk beliau sendiri dipanggil memberi keterangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah rumah, hasil serbuan SPRM.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

SPRM jamin, beri komitmen siasat semua maklumat berkaitan kes Ismail Sabri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker