Suri rumah rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Suri rumah rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan dalam talian
MUAR: Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah lebih RM400,000 lesap akibat terperdaya dengan pelaburan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata wanita berusia 58 tahun itu mendakwa menerima mesej melalui WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang menawarkan satu pelaburan dalam talian.
Susulan itu, beliau berkata, mangsa memuat turun satu aplikasi pelaburan dan melabur RM500 pada permulaan sebelum menerima keuntungan RM67 dalam tempoh 24 jam.
“Setiap pelaburan yang dibuat, dimaklumkan hasil keuntungannya oleh individu terbabit. Namun, mangsa kemudian diminta membuat pelaburan besar untuk mendapat keuntungan lebih banyak.
“Mangsa yang terperdaya dengan hasil keuntungan itu telah melakukan 35 transaksi pembayaran berjumlah RM412,443 ke dalam tujuh akaun berbeza dari 23 Januari hingga 6 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Bagaimanapun, Raiz Mukhliz berkata, wanita itu mula berasa curiga apabila diminta membuat pembayaran sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan yang terkumpul.
“Mangsa kemudian menyemak semula aplikasi pelaburan yang disertai dan mendapati tiada sebarang keuntungan diperoleh,” katanya.
Justeru, beliau berkata, wanita itu membuat laporan polis, semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Suri rumah rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan dalam talian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET