Pemandu Mercedes pandu melulu di Batu Pahat, ditahan kurang 24 jam selepas diburu
Pemandu Mercedes pandu melulu di Batu Pahat, ditahan kurang 24 jam selepas diburu

BATU PAHAT: Kurang 24 jam selepas dikesan polis, pemandu Mercedes Benz yang dikehendaki selepas didapati memandu secara berbahaya di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani, di sini, ditahan hari ini.
Suspek yang juga lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan di kawasan Taman Cemerlang, di sini, oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat hasil maklumat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata lelaki terbabit ditahan pada jam 4.10 petang tadi.
Katanya, lelaki itu ditahan bersabit video tular di media sosial yang merakamkan pemanduan secara melulu dan berbahaya.
“Siasatan awal polis kejadian berlaku pada jam 8.19 pagi semalam, ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Parit Yaani menghala ke Sri Medan.
“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada dadah selain tidak memiliki rekod lampau.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.
Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, polis dalam kenyataan hari ini memburu pemandu Mercedes Benz selepas video memandu secara melulu tular di media sosial.
Tindakan lelaki itu hampir meragut nyawa pemandu sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Pemandu Mercedes pandu melulu di Batu Pahat, ditahan kurang 24 jam selepas diburu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET