Chen Jie gigih buru tiket Sukan Sea 2025

Chen Jie gigih buru tiket Sukan Sea 2025

Chen Jie gigih buru tiket Sukan Sea 2025
CHEN Jie berusaha keras meningkatkan tahap prestasinya dalam misi layak ke Sukan Sea 2025. FOTO IHSAN CHEN JIE

Seremban: Penembak remaja Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, terus berusaha untuk memburu pencapaian terbaik pada penyertaannya di beberapa siri kejohanan tempatan dan antarabangsa dalam misinya melayakkan diri ke Sukan Sea, di Bangkok hujung tahun ini.

Selepas menamatkan Kejohanan Air Rifle/Pistol Asia 2025 di Bangkok, bulan lalu, ratu menembak Sukan Malaysia (Sukma) yang lalu itu bakal meneruskan cabaran pada Kejohanan Menembak Terbuka Selangor 2025, yang akan berlangsung di Lapang Sasar Subang, dari 15 hingga 20 April depan.

Menurut Chen Jie, dia akan mengambil bahagian dalam dua acara kegemarannya pada sirkit kebangsaan itu iaitu 10 meter Air Rifle dan 50m Raifal 3 Posisi wanita individu.

“Kejohanan terbuka Selangor ini antara pentas yang menjadi sasaran peribadi dan saya mahukan pingat dalam kedua-dua acara itu.

“Namun begitu sasaran berkenaan bukan mudah untuk dicapai kerana saya perlu bersaing dengan atlet lebih berpengalaman seperti Nur Suryani Mohd Taibi dan Alia Husna Budruddin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Saya perlu memberikan persembahan terbaik andai mahu mencatat kejayaan dan kini persiapan ke arah itu sedang dilakukan dengan harapan ia akan membuahkan keputusan positif,” kata Chen Jie, hari ini.

Mengulas lanjut, Cheng Jie akui betapa dia tidak boleh cepat berpuas hati dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan dalam Sukma dan dua kejohanan antarabangsa disertainya tahun ini termasuk pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA), yang berlangsung di Taiwan, Januari lalu.

Menurutnya, dia berjaya meraih dua pingat perak dalam acara 50m Rifle 3 Posisi di SEASA dan kemudian mencatat skor 580 dalam acara sama (tempat ke-6 keseluruhan) serta skor 621.3 dalam acara 10m Air Rifle untuk menduduki tempat ke-29 di Kejohanan Air Rifle/Pistol Asia 2025 di Bangkok, bulan lalu.

Chen Jie gigih buru tiket Sukan Sea 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker