Lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memancing

Lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memancing

Lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memancing
Pasukan penyelamat melakukan pencarian di sepanjang sungai berhampiran Kampung Timbulus, Sugut, Beluran. – Foto NSTP/ Ihsan BOMBA.

BELURAN: Lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di sungai berhampiran Kampung Timbulus, Sugut, di sini, semalam.

Mangsa berusia 30 tahun yang memancing berseorangan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Penolong Penguasa Bomba, Edoen Macheal berkata, bilik kawalan menerima panggilan kecemasan daripada Ketua Balai Polis Paitan, 9.25 pagi tadi.

Katanya, menurut maklumat polis, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Timbulus, Sugut untuk aktiviti memancing, kira-kira 8 pagi, semalam.

“Pencarian dimulakan di kawasan berhampiran tempat mangsa dilaporkan hilang dengan radius sejauh tujuh kilometer sepanjang alur sungai,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan operasi ditangguhkan kira-kira 6 petang tadi.

“Operasi pencarian akan disambung semula pada esok pagi,” katanya.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memancing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker