Slot akui Liverpool bernasib baik, sanjung gol Elliot
Slot akui Liverpool bernasib baik, sanjung gol Elliot

Paris: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya sangat bernasib baik apabila menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) di Paris pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi, sambil memuji penjaring gol tunggal, Harvey Elliott.
“Jika kami hanya seri di sini pun, kami sudah boleh dianggap bertuah. Itu jelas untuk semua orang,” kata Slot selepas pasukannya bertahan daripada serangan bertali arus tuan rumah di Paris.
PSG menguasai sebahagian besar perlawanan, tetapi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker beraksi cemerlang dan pasukan pelawat meraih kemenangan mengejutkan apabila pemain gantian, Elliott, menjaringkan gol pada minit ke-87.
“Mereka adalah pasukan yang jauh lebih baik hari ini terutama pada separuh masa pertama,” kata Slot mengenai PSG, yang menyaksikan jaringan Khvicha Kvaratskhelia dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-20 dan mencipta 28 percubaan secara keseluruhan.
“Tetapi kami sudah beberapa kali berjaya mencipta peluang dalam perlawanan ini. Saya merasakan kami boleh mencederakan mereka menerusi serangan balas, namun kami tidak melakukannya sehinggalah detik terakhir dan akhirnya kami berjaya.”
Elliott, 21, dimasukkan menggantikan Mohamed Salah pada lewat permainan selepas bintang Mesir itu gagal memberikan impak.
Tidak lama selepas itu, Elliott menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya hasil hantaran Darwin Nunez.
“Ia adalah detik besar untuknya. Saya faham jika dia kadang-kadang berasa kecewa dengan jumlah minit permainan yang dia dapat,” kata Slot mengenai Elliott, yang kini telah menjaringkan gol dalam tiga perlawanan UCL berturut-turut.
“Dia terpaksa berpuas hati dengan masa permainan yang terhad, tetapi dia terus berusaha. Saya harus memberikan pujian besar kepadanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Bukan sahaja Harvey, tetapi juga pemberi bantuan gol, Darwin Nunez, yang sebelum ini melalui dua perlawanan sukar, tetapi kembali memberi impak malam ini. Sejak dia masuk, ancaman serangan kami lebih ketara daripada sebelumnya.”
Sebelum jaringan luar biasa Elliott, Liverpool kelihatan bakal menamatkan perlawanan tanpa menjaringkan gol buat kali keempat musim ini selepas mereka ditekan sepanjang malam oleh skuad tuan rumah.
“Kami bukan bermain di bawah tahap sebenar, ia semata-mata kerana kualiti PSG dan cara mereka bermain sepanjang musim ini,” tambah jurulatih Liverpool itu.
“Luis Enrique (jurulatih PSG) telah membentuk sebuah pasukan yang luar biasa di sini. Ia adalah cabaran yang sangat sukar untuk kami mendapatkan keputusan positif dan kami sedar perlawanan timbal balik minggu depan akan menjadi ujian berat.”
Sementara itu, Enrique mengakui keputusan itu sukar diterima selepas rekod 10 kemenangan berturut-turut pasukannya dalam semua pertandingan berakhir.
“Kami jauh lebih unggul daripada Liverpool dari segi permainan dan jumlah peluang yang dicipta,” kata Enrique.
“Menentang pasukan terbaik dalam liga mereka dan di Eropah, kami mempamerkan aksi lengkap apabila bertahan dengan baik, mengambil risiko dan jelas sekali layak mendapat keputusan berbeza, tetapi itulah bola sepak.”
“Ia sering kali tidak adil dan kami hanya perlu menerimanya.”
Slot akui Liverpool bernasib baik, sanjung gol Elliot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET