Polis buka siasatan kes ‘angkat parang’ mesyuarat cabang PKR

Polis buka siasatan kes ‘angkat parang’ mesyuarat cabang PKR

Polis buka siasatan kes 'angkat parang' mesyuarat cabang PKR

KUALA SELANGOR: Polis membuka kertas siasatan membabitkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Kuala Selangor, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, laporan polis dibuat kelmarin oleh seorang wanita yang hadir dalam mesyuarat itu.

“Pengadu menerima ugutan dari seorang lelaki yang mengatakan ‘angkat parang’ kepadanya.

“Lelaki itu kemudian datang ke arah pengadu dan membuat provokasi,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Azaharudin berkata, ekoran itu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram video memaparkan pergaduhan di MATC PKR Kuala Selangor.

Video berdurasi empat minit tujuh saat itu mendakwa kekecohan berlaku apabila bekas calon PKR yang juga pegawai khas seorang Menteri membawa turun kumpulan samseng untuk menghalau pencabarnya.

Polis buka siasatan kes ‘angkat parang’ mesyuarat cabang PKR


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker