Siti Saleha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Joshua Fitton
Tahniah!
Siti Saleha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Joshua Fitton
Sebelum ini pada tahun 2022, pelakon terkenal Siti Saleha pernah mengakui bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Joshua Fitton, yang merupakan jejaka kacukan, setelah mereka muncul bersama di sebuah acara anugerah.
Sah Bergelar Isteri

Terbaru pada sabtu lepas, Siti Saleha telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton, dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup.
Majlis tersebut diadakan di sebuah resort mewah yang terletak di Janda Baik, Bentong, Pahang pada jam 9 pagi pada hari yang sama.
Hanya keluarga terdekat dan teman rapat yang hadir untuk memeriahkan majlis yang berlangsung dengan penuh adat dan sederhana.
Majlis Berlangsung Secara Tertutup

Siti Saleha menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 daripada Joshua. Selain itu, majlis pernikahan itu turut diserikan dengan pertukaran hantaran, di mana pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran, sementara pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak tidak diumumkan.
Pasangan yang sama cantik, sama padan ini mengenakan busana pengantin berwarna putih yang direka oleh Atelier FITTON.
Penampilan mereka disempurnakan oleh sentuhan makeup artis Khir Khalid dan Yusof Ruzaimi, yang menambah lagi seri majlis pernikahan tersebut.
Sekadar rekod, sebelum ini, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Ahmad Lutfi Azhar, namun mereka bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Siti Saleha Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Joshua Fitton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.