Kes bunuh peniaga wanita: Polis tahan pekerja pajak gadai untuk bantu siasatan
Kes bunuh peniaga wanita: Polis tahan pekerja pajak gadai untuk bantu siasatan
KUANTAN: Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan polis di tempat kerjanya di sebuah kedai pajak gadai pada 10.30 pagi semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki telah mengunjungi kedai pajak gadai berkenaan dan menggadaikan gelang emas dipercayai milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM30,000.
“Berdasarkan siasatan awal, polis dapati hanya gelang emas milik mangsa sahaja yang digadai. Pekerja pajak gadai itu direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.
“Perintah reman dikeluarkan pagi tadi oleh Mahkamah Majistret Kuantan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Wan Mohd Zahari seterusnya mengesahkan pembunuhan peniaga wanita itu adalah bermotifkan samun.
Semalam polis telah menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5.30 pagi dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.
Suspek berusia 53 tahun itu direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Kes bunuh peniaga wanita: Polis tahan pekerja pajak gadai untuk bantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah