Selepas singkirkan Liverpool, Plymouth diundi menentang Manchester City
Selepas singkirkan Liverpool, Plymouth diundi menentang Manchester City
![Selepas singkirkan Liverpool, Plymouth diundi menentang Manchester City](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/play_1739234838.jpg)
Reuters
London: Plymouth Argyle yang menyingkirkan Liverpool daripada saingan Piala FA, diundi bertemu juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada pusingan kelima.
Juara bertahan Manchester United akan melayan kunjungan Fulham di Old Trafford, dengan finalis Piala Liga, Newcastle United menentang Brighton & Hove Albion di laman sendiri.
Bournemouth akan melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers dalam satu lagi pertemuan antara pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris.
Plymouth yang menghuni tangga tercorot Liga Kejuaraan mencetus kejutan terbesar Piala FA apabila menewaskan Liverpool 1-0, sekali gus menamatkan misi empat kejuaraan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu musim ini.
City yang mara ke pusingan kelima dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan divisyen tiga, Leyton Orient, masih belum mencapai prestasi terbaik mereka musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Aston Villa, yang menamatkan harapan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, akan melayan kunjungan pasukan Liga Kejuaraan, Cardiff City.
Selepas singkirkan Liverpool, Plymouth diundi menentang Manchester City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.