Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

Kebelakangan ini timbul keresahan di kalangan akar umbi UMNO mengenai sikap kepimpinan tertinggi UMNO yang dilihat membisu dalam beberapa isu yang berkaitan dengan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Malah ada di kalangan akar umbi UMNO mempersoalkan, apakah UMNO kini sudah hilang halatuju perjuangan parti tersebut.

Kita memahami, sebagai sebahagian dari komponen Kerajaan Perpaduan, UMNO mungkin perlu lebih berhati-hati.

Antara menyuarakan isu-isu sensitif Melayu dan mengekalkan keharmonian dalam kerajaan pelbagai parti.

Sikap membisu mungkin dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan ketegangan dalam Kerajaan Perpaduan.

Terutamanya dalam isu-isu yang boleh menimbulkan perpecahan atau perselisihan pendapat antara parti-parti komponen.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk terus membisu dalam memperjuangkan isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini telah di ambil kesempatan oleh PAS dan PPBM untuk melonjakkan imej sebagai juara rakyat.

Di dalam Dewan Rakyat, pemimpin PAS dan PPBM dilihat lebih vokal dalam membahaskan isu kerugian lebih RM500 juta yang dialami KWSP.

Begitu juga dengan isu harga lantai padi yang dituntut oleh para petani.

Malah, dalam isu Titah Adendum yang membabitkan mantan Presiden UMNO, DS Najib, rakyat melihat pemimpin PAS dan PPBM lebih vokal.

Sekiranya keadaan ini berlanjutan, ianya pasti akan membuka ruang dan kesempatan yang selesa untuk PAS dan PPBM untuk menggantikan UMNO sebagai pembela rakyat.

UMNO perlu segera sedar dari mimpi bahawa parti tersebut masih lagi menjadi parti yang mendapat sokongan majoriti orang Melayu.

Realiti UMNO mengalami defisit sokongan orang Melayu mesti ditangani segera dari sekarang.

Sekiranya pemimpin UMNO masih lagi leka dengan nostalgia silam, mimpi ngeri menanti UMNO dalam PRU 16.

Apakah keputusan PRU 15 dan PRN 6 negeri masih tidak cukup untuk menyedarkan UMNO dari mimpi?

 

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker