Imigresen tahan 58 warga asing di medan selera persendirian di Puchong

Imigresen tahan 58 warga asing di medan selera persendirian di Puchong

Imigresen tahan 58 warga asing di medan selera persendirian di Puchong
Antara warga asing yang ditahan Imigresen di medan selera persendirian di Puchong semalam. – Foto ihsan Imigresen

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan 58 warga asing di sebuah medan selera yang beroperasi di atas tanah persendirian di Pusat Bandar Puchong, Selangor, dalam satu operasi bersepadu, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, warga asing yang ditahan itu hasil pemeriksaan ke atas 102 individu termasuk warga tempatan yang berada di medan selera berkenaan.

Katanya, warga asing yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar; dua lelaki dan satu wanita warga Indonesia; sembilan lelaki warga Bangladesh; empat lelaki warga India dan seorang lelaki warga Vietnam.

“Medan selera yang digempur itu dipercayai diusahakan oleh warga Myanmar dan Bangladesh yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh serta pemegang kad pelarian UNHCR,” katanya melalui satu kenyataan.

Operasi bersepadu itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen dibantu oleh pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Selain itu, turut serta Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Zakaria berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu dengan kekuatan seramai 95 pegawai.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan berusia di antara 18 hingga 40 tahun ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Per 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Imigresen tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.”

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin (PATI),” katanya.

Imigresen tahan 58 warga asing di medan selera persendirian di Puchong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker