Keputusan 13 pelajar Kolej Vokasional bebas atau perlu bela diri kes bunuh 28 Februari

Keputusan 13 pelajar Kolej Vokasional bebas atau perlu bela diri kes bunuh 28 Februari

Keputusan 13 pelajar Kolej Vokasional bebas atau perlu bela diri kes bunuh 28 Februari
Keputusan sama ada 13 remaja berumur 16 hingga 19 tahun dibebaskan atau diarah bela diri atas pertuduhan bersama membunuh akan ditentukan 28 Februari ini. – Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk keputusan sama ada 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun dibebas atau diarah membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu, pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan tarikh itu pada prosiding semakan status hujahan kesemua pihak yang dijalankan secara zoom, pagi ini.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memfailkan hujahan pada 24 dan 28 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun memohon satu tarikh baharu untuk pihaknya memfailkan hujahan balas berikutan terdapat beberapa peguam bela mewakili tertuduh telah memfailkan hujahan lewat.

Berikutan itu, mahkamah turut mengarahkan pihak pembelaan supaya menyediakan pernyataan saksi anak guam masing-masing pada tarikh berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Pada 9 Disember lalu, pendakwaan menutup kes mereka selepas 25 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan penuh kes itu bermula 19 November lalu.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah pengarah dan warden kolej selain 10 pelajar (saksi mata) yang juga rakan sebilik mangsa serta penghuni asrama kolej terbabit.

Turut dipanggil pakar patologi, pakar kimia, pakar forensik dan pegawai polis pada prosiding yang mengambil masa 12 hari.

Selain Nur Nisla, pasukan pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, sementara lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika termasuk peguam lantikan, Vivien Thien, Jhasseny P Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin

 

Keputusan 13 pelajar Kolej Vokasional bebas atau perlu bela diri kes bunuh 28 Februari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker