Dakwaan tipu umrah: Lapan ditahan reman bantu siasatan termasuk pemilik Hejira Travel
Dakwaan tipu umrah: Lapan ditahan reman bantu siasatan termasuk pemilik Hejira Travel

SEPANG: Lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, direman selama tiga hari berkaitan dakwaan kes penipuan pakej umrah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata perintah terhadap mereka termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun itu bermula hari ini hingga Sabtu.
“Setakat ini sebanyak lapan laporan polis yang dibuat oleh mangsa telah diterima dan kita menganggarkan jumlah semua mangsa adalah seramai 379 orang.

“Berdasarkan siasatan awal, anggaran kerugian yang diperoleh adalah sebanyak RM2.1 juta,” katanya kepada BH hari ini.
Semalam, BH melaporkan satu pasangan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di sini, pada kira-kira jam 7 malam selepas mengadakan sidang media bersama sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).
Terdahulu, Selasa lalu, kecoh di media sosial apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas selepas tiada penerbangan mereka ke Tanah Suci.
Berikutan itu, Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan insiden itu dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah.
Semalam, Hussein mendedahkan siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi di sebuah premis tiga tingkat di Sepang, bermula Oktober lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan terbabit, Iman Norhizam berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan umrah.
Katanya, Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan reman terhadap anak guamnya selama tiga hari sehingga Sabtu ini.
“Selain pasangan terbabit, enam pekerja syarikat agensi pelancongan itu juga direman tiga hari,” katanya.
Iman berkata, anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis dalam menjalankan siasatan.
Dakwaan tipu umrah: Lapan ditahan reman bantu siasatan termasuk pemilik Hejira Travel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?