Juruterbang rugi lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud
KAJANG: Seorang juruterbang kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
KAJANG: Seorang juruterbang kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menerima laporan polis berkaitan tipu pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian RM1,366,885 yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pengadu adalah juruterbang berusia 50 tahun tertarik dengan satu iklan pelaburan yang diiklankan melalui Instagram.
“Pengadu tidak dijanjikan pulangan secara spesifik dan hanya diberitahu untuk melabur sebanyak yang boleh bagi mendapatkan pelbagai faedah dan pulangan yang lebih tinggi.
“Pengadu diberikan satu pautan untuk ke laman sesawang aplikasi oleh suspek dan pengadu diajar cara menggunakan aplikasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Hussein berkata, mangsa melakukan transaksi kemasukan wang dari Oktober sehingga Disember 2024 berjumlah RM1,366,885 melalui 34 kali transaksi ke dalam 10 akaun bank berlainan yang diberikan oleh suspek.
“Mangsa hanya mendapat pulangan sekali sahaja iaitu sebanyak RM4,300 dari keseluruhan jumlah wang yang dilaburkan.
“Dia dimaklumkan oleh suspek untuk melakukan pengeluaran dari aplikasi di mana pengadu hanya perlu menekan icon “withdrawal” dan memasukkan amaun yang mahu dikeluarkan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun pengadu dalam masa 24 jam.
“Namun selepas pengadu menekan icon “withdrawal” tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaunnya dan berasa tertipu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.
Juruterbang rugi lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.