Janna Nick & Dini Beli Hadiah Baby [VIDEO]
Netizen Titip Kata Semangat!
Janna Nick & Dini Beli Hadiah Baby [VIDEO]
Perkongsian terkini, penyanyi dan pengacara terkenal, Janna Nick mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann membeli hadiah bayi buat rakan karibnya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.
Janna, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, meluahkan rasa teruja dapat melawat rakan karibnya yang dikenali sejak mereka berusia enam tahun.
“Ni my bestfriend, Aida. Sejak kami usia 6 tahun. Semangat Aida cerita experience dia beranak. Mak i tak bagi cium baby. Sebab baby tu kecik lagi. I excited tengok baby buka mata. Mak i duk positive kan i sebab belum pregnant (Padahal kita okay je).
Sebak sebab my bestfriend dari kecik dah jadi mak. I’m so happy for her. Dan bersyukur sebab dia sudi share momen besar ini dengan saya. Sementara itu, nikmati saja waktu berdua..”-kata Janna di TikTok
@jannanickofficial ingat geng TTC, 2025 ni kita kena POSITIVE! ok? #newbornbaby #ttc
Netizen Titip Kata Semangat!
Perkongsian Janna dibanjiri dengan kata-kata semangat netizen agar pelakon ini terus kekal positif, malah ramai yang memberikan petua sebagai ikhtiar untuk hamil.
“Janna if one day you get pregnant. Keep it secret for a while ya!.”
“Aku sumpah Janna pregnant tahun nie! Twin! Aaamin.”
“Jangan tanya bukan-bukan, jangan komen bukan-bukan. TTC hati rapuh. Memang sensitif tanya bab anak.”
“Moga awak terus positif.”
“Saya sebak bila part Janna lap air mata tu. Mesti ada something yang sentuh hati dia.”
“InsyaAllah tahun ni Janna pregnant. Aamin.”
Sama-sama kita doakan agar Janna Nick dikurniakan rezeki cahaya mata kelak. Aaminn.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.