Wanita warga asing pura-pura pengsan ketika dicekup Imigresen
Wanita warga asing pura-pura pengsan ketika dicekup Imigresen
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga asing pura-pura pengsan ketika ditangkap Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam serbuan di sebuah pusat beli belah di Jalan Memanda 9, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini, malam tadi.
Dalam serbuan bermula jam 7.30 malam itu, seramai 141 individu diperiksa dengan 53 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, berkata dalam serbuan itu, pelbagai helah dikesan cuba digunakan beberapa warga asing bagi mengelak dikenakan tindakan.
“Ada warga asing cuba berdalih ketika ditahan dan ada juga yang pura-pura pengsan.
“Terdapat juga warga asing yang cuba bertindak agresif ke atas pegawai kita yang cuba menahan mereka, namun semua halangan itu berjaya diatasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Mengulas lanjut, beliau berkata 53 warga asing yang ditahan dalam operasi itu terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita, berusia antara 14 hingga 65 tahun.
“Tangkapan membabitkan 14 warga India, Afghanistan (11), Bangladesh (enam), dan masing-masing tiga tangkapan warga India, Nepal, Australia, Myanmar dan Pakistan.
“Selain itu, kita turut menahan dua warga Filipina, dan masing-masing satu tangkapan membabitkan warga Sweden, Tanzania, Maghribi, Somalia dan Nigeria,” katanya.
Khairrul Aminus berkata kesemua mereka ditangkap atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen15 (1) (c) akta sama.
Tambah beliau, kesemua tangkapan dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi disertai 35 pegawai Imigresen Selangor diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Khairil Anwar Mat Soud.
Wanita warga asing pura-pura pengsan ketika dicekup Imigresen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.