Pergi yang dicemburui: Imam maut kemalangan selepas pimpin solat Jumaat
Pergi yang dicemburui: Imam maut kemalangan selepas pimpin solat Jumaat
KUALA LUMPUR: Pemergian yang dicemburui – Demikian gambaran mengenai seorang Imam yang pergi menemui Yang Maha Pencipta dalam satu kemalangan jalan raya selepas memimpin solat Jumaat.
Allahyarham Sulaiman Sutar maut selepas kereta dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 2.30 petang selepas mangsa, 75, dalam perjalanan pulang dari arah Machap menghala Simpang Renggam di Johor, sebaik selesai memimpin solat Jumaat di Masjid Kampung Ulu Benut di Kluang
Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook dengan akaun FikriAfiq Marjuki, Allahyarham Sulaiman digambarkan sebagai seorang jurunikah yang disegani dan disenangi oleh masyarakat .
“Allahyarham terlibat dengan kemalangan jalan raya selepas pulang mengimamkan solat jumaat di Masjid Kampung Ulu Benut. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian .
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Allahyarham diurus di unit forensik Hospital Kluang oleh petugas dari Pejabat Agama Daerah Kluang,” katanya sambil memaklumkan beliau bersama pasukannya membantu membawa pulang jenazah ke kampung halaman untuk disolat dan dikebumi di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari Machap menghala Simpang Renggam.
“Kereta dipandu warga emas terbabit hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah kenderaan jenis Hyundai Staria.
“Mangsa yang cedera parah pada kepala serta badan meninggal dunia di lokasi,” katanya melalui kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pergi yang dicemburui: Imam maut kemalangan selepas pimpin solat Jumaat
Pergi yang dicemburui: Imam maut kemalangan selepas pimpin solat Jumaat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.