Dua bersaudara maut, dua cedera kemalangan di LPT1
Dua bersaudara maut, dua cedera kemalangan di LPT1
![Dua bersaudara maut, dua cedera kemalangan di LPT1](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/01/bombatolong_1735997748.jpg)
MARAN: Dua wanita yang mempunyai pertalian persaudaraan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 152. 4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) jam 11.15 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Superitendan Wong Kim Wai, berkata wanita yang meninggal dunia itu duduk di bahagian tempat duduk belakang, dikenali sebagai V Kohmathy, 61 tahun dari Banting Selangor dan K Vasanthy 60, dari Klang, Selangor.
Katanya, pemandu kereta itu, S Nishantini 33 tahun dan penumpang duduk di hadapan K Turgaa Shini mengalami kecederaan parah.
“Kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Nissan Almera dalam perjalanan dari Banting, Selangor ke Kuil Sri Marathandavar di Maran untuk menghadiri upacara keagamaan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kereta yang dipandu Nishantini hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan dan terjatuh ke dalam gaung sebelah kiri sedalam 20 meter,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penumpang tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang bahagian hadapan mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
Katanya, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati punca kemalangan adalah daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaannya menyebabkan hilang kawalan dan terbabas,” katanya. .
“Kenderaan itu akan menjalani pemeriksaan Puspakom, sampel darah dan air kencing pemandu akan diambil untuk ujian toksikologi.
“Kemalangan disiasat di bawah Seksyen41(1)APJ 1987, manakala orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan,” katanya.
Dua bersaudara maut, dua cedera kemalangan di LPT1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.