Bunuh kenalan wanita dalam bilik hotel kerana cemburu – Polis
Bunuh kenalan wanita dalam bilik hotel kerana cemburu – Polis
KUALA LUMPUR: Cemburu dikenal pasti sebagai motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam bilik sebuah hotel bajet dekat Taman Mawar, Puchong pada 31 Disember lalu.
Motif pembunuhan dikenal pasti susulan tangkapan suspek utama kes ini iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 23 tahun, semalam.
Tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bersama pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Selangor, pada jam 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata siasatan mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di Presint 20, Putrajaya.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah kenalan mangsa dan mengaku membunuh wanita itu kerana cemburu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Suspek kini direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anbalagan berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
“Mangsa dalam kes ini dikenal pasti sebagai seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun.
“Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel kira-kira jam 10.15 malam pada 31 Disember lalu,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita warga asing ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel di Puchong.
Polis kemudian menahan dua lelaki warga asing kedua-duanya berusia 39 tahun di Bukit Puchong, jam 3 pagi, Rabu lalu untuk membantu siasatan.
Bunuh kenalan wanita dalam bilik hotel kerana cemburu – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.