Atlet paragliding meninggal dunia ketika latihan di Thailand
Atlet paragliding meninggal dunia ketika latihan di Thailand
Bangkok: “Anak baru sahaja memberikan saya dan mama sejumlah wang untuk dibawa ke umrah, tak sangka itulah pemberian terakhirnya,” kata ayah kepada atlet paragliding negara, Muhammad Nurniqmat Ruslan, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika menjalani latihan di pantai Hua Hin, Prachuap Khiri Khan.
Ruslan Mehat, 64, berkata, anak bongsunya itu memberikan sejumlah wang pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini sebelum kejadian.
“Nurniqmat memberikan wang itu dengan niat untuk berbakti kepada keluarga dan membantu kami menunaikan umrah nanti. Namun ketika itu, kami tidak menyangka apa-apa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen, Bangkok, pada Sabtu.
Ruslan berkata, beliau mendapat tahu mengenai kemalangan itu pada petang Jumaat dan segera menempah tiket penerbangan untuk ke Bangkok awal pagi Sabtu sebelum meneruskan perjalanan ke Hua Hin.
Beliau berkata, Nurniqmat, 31, yang bertugas sebagai jurutera sokongan teknikal di kilang IBM, adalah seorang yang penyayang terhadap keluarga dan aktif dalam sukan paragliding sejak dua tahun lepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Kami tidak menyangka dia akan terbabit dalam kemalangan dan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Ruslan turut memaklumkan bahawa anak bongsunya itu adalah pesakit buah pinggang dan menjalani pemindahan buah pinggang dua tahun lepas.
“Arwah sangat gembira selepas menerima buah pinggang dan sering bersyukur kerana organ yang saya dermakan itu sesuai dengan badannya,” katanya dengan nada sebak.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada petugas Kedutaan Besar Malaysia di Thailand yang banyak membantu menguruskan jenazah dari Hua Hin ke Bangkok untuk dikebumikan.
Sementara itu, rakan arwah, Rafiee Aziz, 48, yang turut menjalani latihan di Hua Hin ketika kejadian berkata, Nurniqmat adalah seorang atlet berbakat dan layak ke pra-Piala Dunia Paragliding di India pada Februari serta Kejohanan Asia di Kazakhstan pada Mei.
“Kami sama-sama sedang menjalani latihan di pantai Hua Hin dan cuaca ketika itu agak baik, namun tiba-tiba kemalangan berlaku dan Nurniqmat terjatuh ke laut.
Saya bersama rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkannya, namun arus pada ketika itu sangat kuat. Nurniqmat kemudian disahkan meninggal dunia di hospital di Hua Hin,” katanya.
Jenazah Nurniqmat disolatkan di sebuah masjid di Hua Hin sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen di Bangkok dan selamat dikebumikan pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Allahyarham adalah adik kepada petugas Bernama Radio, Nurliyana Farhah Ruslan, yang bertugas di Kuala Lumpur.
Atlet paragliding meninggal dunia ketika latihan di Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.