Dadah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Dadah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
KUALA LUMPUR: Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.
Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.
Sumber berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” katanya kepada BH.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada artis berkenaan.
Dadah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.