Atlet SUKMA maut nahas motosikal rempuh kereta
Atlet SUKMA maut nahas motosikal rempuh kereta
KOTA TINGGI: Atlet pelayaran Johor, Nur Hazurah Md Hazahar, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang membuat pusingan U di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar di sini, semalam.
Nur Hazurah, 21, pernah menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) mewakili Johor pada 2022 dan 2024 dalam acara itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata maklumat kemalangan diterima jam 4.50 petang, membabitkan motosikal ditunggang mangsa dan Perodua Kenari.
“Perodua Kenari dipandu seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun dari arah Bandar Penawar, dikatakan menukar haluan dari kiri ke kanan dan membuat pusingan U.
“Motosikal ditunggang wanita berusia 21 tahun itu yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Kemalangan menyebabkan wanita berkenaan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Kenari tidak cedera.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Atlet SUKMA maut nahas motosikal rempuh kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.