Pelajar Tingkatan 4 maut motosikal rempuh kereta
Pelajar Tingkatan 4 maut motosikal rempuh kereta
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling, Bangi dekat sini, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.59 petang itu, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dalam perjalanan menghala ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
“Kereta itu dipercayai sedang bergerak keluar dari sebuah simpang di Jalan Persiaran Pekeliling sebelum penunggang motosikal bersama pembonceng yang datang dari arah kanan melanggar kenderaan berkenaan.
“Akibat rempuhan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di kaki. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Naazron berkata, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 tahun dan mereka adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di Bangi.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suoddi talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.
Pelajar Tingkatan 4 maut motosikal rempuh kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.